Baru Bian juara Kristianisasi Sarawak

- Advertisement -

TIDAK menghairankan bila media massa melaporkan bahawa peguam bela yang mewakili empat pemohon yang mahu menukar agama dari Islam ke Kristian, iaitu Salina Jau Abdullah, Jenny Peter, Mohd Syafiq Abdullah dan Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen, adalah Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, kerana sejak dahulu lagi Baru Bian sudah diketahui membela individu-individu yang mahu menukar agama dari Islam ke Kristian.

- Advertisement -

Sama seperti Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dari DAP, Hannah Yeoh, Baru Bian juga adalah seorang Evangelis Kristian yang merupakan bekas ahli Felo Kristian Seberang Laut (Overseas Christian Fellowship) dengan “misi dilatih dan dilengkap (di dalam kes Baru Bian dan Hannah Yeoh, di Australia) dan pulang untuk berkhidmat (di Malaysia)” yang sentiasa menyeru bekas ahli Felo lain supaya pulang ke Malaysia.

Selain melaksanakan tugas profesional beliau, tindakan Baru Bian membela individu-individu yang mahu menukar agama dari Islam ke Kristian ini tentulah didorong oleh kepentingan lain, apatah lagi bila beliau pernah mendedahkan di dalam buku “Long Awakening” bahawa cita-cita sebenar beliau ialah untuk menjadi seorang guru seminari Injil dan hanya terlibat di dalam politik bagi menampung kekurangan ahli politik Kristian.

Ramai yang tidak faham mengenai perjuangan keagamaan Baru Bian melalui politik ini kerana mereka tidak membaca pendedahan beliau di dalam buku “Long Awakening” mengenai kewujudan “suara ghaib” yang meramalkan bahawa “Baru Bian akan mengetuai rakyat (Sarawak) seperti Jepthath yang mengetuai rakyat Israel” dan bahawa Baru Bian adalah orang yang akan memimpin mereka “untuk meninggalkan Egypt ke Canaan”.

Dan Baru Bian inilah individu yang dinobatkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kampung Lunbawang pada 5 April 2011 sebagai calon Ketua Menteri yang baru di Sarawak jika PKR mendapat majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April 2011, dan ini diikuti oleh pengumuman rasmi pemimpin tertinggi lain ketika pelancaran manifesto di Kuching pada 8 April 2011.

Bagi Baru Bian, kekalahan parti beliau di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 dan Pilihan Raya Umum 2013 adalah diibaratkan seperti jaminan Tuhan kepada orang-orang Israel, di dalam Kitab Injil (Exodus 23:14), bahawa bumi yang dijanjikan akan diberikan kepada mereka sedikit demi sedikit, secubit demi secubit, di mana begitulah juga dengan Sarawak yang akan diberikan kepada mereka sedikit demi sedikit, secubit demi secubit.

Tidak bijak untuk sesiapa sahaja meremehkan kekalahan 5-0, termasuk seorang hakim bukan Islam, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, Baru Bian di dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan semalam kerana beliau tentu sahaja menanggapnya di dalam konteks jaminan tuhan untuk memberikan kepada mereka sedikit demi sedikit, secubit demi secubit, bumi Sarawak sehingga beliau akhirnya akan benar-benar memenuhi ramalan suara ghaib itu.

Apatah lagi bila Baru Bian sendiri pernah mendedahkan di dalam buku “Long Awakening” mengenai kesan usaha penyebaran Kitab Injil oleh PKR Sarawak di dalam kempen Pilihan Raya Umum 2013 dengan menyebut “hadiah (hampir 50,000) Al-Kitab Kanak-Kanak (yang telah diedarkan jauh dan dekat di pedalaman Sarawak) sudah tentu menyentuh jiwa anak-anak ini dan jiwa ramai lagi di semua kerusi keutamaan di mana PKR bertanding!” – HARAKAHDAILY 28/2/2018

- Advertisement -