Mohon maaf terbuka sebaiknya untuk Neelofa

image
- Advertisement -
KOTA BHARU: Artis terkenal, Neelofa diminta memohon maaf secara terbuka kepada netizen di samping memohon keampunan Allah berikutan kaedah pelancaran tudung barunya yang menjadi kontroversi.
 
Neelofa atau nama sebenar Nor Neelofa Mohd Noor, perlu berbuat demikian kerana ianya menjadi satu penghinaan terhadap Islam itu sendiri.
 
Timbalan Pengerusi Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi juga turut melahirkan dukacita apabila artis itu memilih pusat hiburan Zoùk sebagai medan melancarkan tudung terbarunya.
 
“Pada masa yang sama mengadakan pertunjukan  melampau menampilkan mereka yang bertudung, tetapi cukup galak menyanyi dan menari.
 
“Ianya langsung tidak menggambarkan identiti seorang yang bertudung sebenar,” ujarnya.
 
Menurutnya, Islam telah mengajar bagaimana kaum Muslimat menutup aurat cara yang betul.
 
Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri itu lagi, amat wajar setelah ditegur netizen, beliau memohon maaf.
 
Namun, katanya dengan angkuh Neelofa mengatakan beliau tidak hirau dengan teguran.
 
Malam tadi artis itu melancarkan koleksi tudung terbarunya Be Lofa di sebuah pusat hiburan terkenal di Ibu Kota. -HARAKAHDAILY 27/2/2018
- Advertisement -