Sukan Rakyat dapat sambutan masyarakat Batu Sapi

- Advertisement -
BATU SAPI: Sukan Rakyat yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Batu Sapi telah mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat Batu Sapi apabila ia diadakan di Kampung Sundang Laut, di sini kelmarin.
 
Program yang mendapat penyertaan daripada pelbagai peringkat umur itu bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah Islamiah bersama masyarakat disamping kesihatan jasmani.
 
Pelbagai acara telah dipertandingkan, antaranya tarik tali, timang bola takraw, gusti lengan dan tendangan penalti, selain turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma.
 
Pelaksanaan sukan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak, serta tidak ketinggalan kaum hawa yang mengadakan kelas masakan.
 
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid dalam ucapan perasmiannya mengingatkan penduduk untuk memilih wakil rakyat yang boleh melakukan tugas sebagai pemimpin. 
 
Katanya, tugas seorang pemimpin ini bukanlah suatu mudah kerana ia akan ditanya di akhirat kelak.
 
Tambahnya, PAS berharap ukhuwah yang dijalinkan melalui program ini berkekalan dan masyarakat sentiasa menyambut baik program yang PAS anjurkan.
 
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu; Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Masru Mustaqeem dan Ketua Pemuda PAS Libaran, Nasruddin Lahapin. HARAKAHDAILY 26/2/2018
 
- Advertisement -