Hijau tema rasmi Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan

- Advertisement -
KOTA BHARU: Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan yang membawa mesej bahawa rakyat negeri itu akan mempertahan kepimpinan ulama bakal disemarakkan dengan warna hijau sebagai temanya.
 
Tema itu bukan sahaja mewakili warna sunnah, malah membawa maksud kemenangan yang akan mewujudkan gelombang hijau menyerlahkan himpunan bakal berlangsung di Padang Perdana, di sini Jumaat, 16 Mac depan.
 
Sehubungan itu, Dewan Usahawan Kelantan (DUKE) menyeragamkan penampilan peserta ke himpunan itu dengan mengeluarkan t-shirt rasmi khas yang telah mula dijual dengan harga RM30 sehelai berlengan panjang.
 
T-shirt dengan kualiti kain jenis jersi fiber mikro itu telah dilancarkan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man selepas Kuliah Dhuha di Medan Ilmu, di sini kelmarin.
 
Orang ramai diseru melakar sejarah dengan menyertai suasana hijau kemeriahan himpunan itu nanti dan mendapatkan t-shirt stok terhad tersebut dengan menghubungi Ustaz Zaki di talian 019-986 3003. – HARAKAHDAILY 25/2/2018
- Advertisement -