Jabatan Amal latih Briged Muslimat asas pertolongan cemas

- Advertisement -

SETIU: Briged Muslimat PAS Kawasan Setiu dan Besut telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pertolongan Cemas yang telah dilaksanakan di Pejabat PAS Setiu, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Menurut Ketua Briged Muslimat Setiu, Hafizah Zulfifli, program tersebut diadakan bagi melahirkan lebih ramai anggota mujahidah yang terlatih pada aspek tersebut hingga dapat memberi khidmat kepada masyarakat.

Kursus melibatkan 25 anggota Briged Muslimat itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Negeri Terengganu menerusi tunjuk ajar enam jurulatih dari Kor Medik dan Penyelamat.

Pelbagai kemahiran didedahkan kepada peserta secara teori dan praktikal dalam menangani situasi kecemasan termasuk teknik Resusitasi Jantung (CPR).

Kursus yang sangat berguna itu telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh Ketua Muslimat PAS Setiu, Ustazah Wan Ramlah Wan Abd Rahman dengan penyerahan sijil dan cenderamata. –HARAKAHDAILY 23/2/2018

- Advertisement -