Yayasan Amal N9 ringankan beban ibu tunggal

REMBAU: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal, Norly Abdul Ghafar di kediamannya di Taman Pinggiran Senawang, di sini semalam.
 
Sumbangan tersebut meliputi keperluan dapur dan wang tunai bagi perbelanjaan keluarga, selain Yayasan Amal sedang berusaha bagi membantu membiayai ibu empat anak itu mendapatkan lesen motosikal.
 
Malah, Yayasan Amal turut membantu menjelaskan yuran persekolahan salah seorang adik Norly yang bakal menduduki Penilaian Tingkatan 3, di mana tinggal bersamanya sejak kedua ibu bapa mereka meninggal dunia, termasuk seorang lagi berusia 18 tahun.
 
Pada ketika ini ibu tunggal berusia 33 tahun yang hanya hanya bekerja di stesen minyak berhampiran, turut menyara empat anaknya yang semua masih bersekolah.
 
Semua sumbangan telah disampaikan melalui Ahli Jawatankuasanya, Masita Mohamed Ali dan orang ramai dipelawa turut membantu usaha murni ini dengan menghubungi Rozmal (012-226 7406) atau Masita (019-265 5059). -HARAKAHDAILY 22/2/2018