Signal sokongan warga ibukota terhadap PAS

- Advertisement -

SETIAWANGSA: PAS Kawasan Setiawangsa telah menganjurkan siri Ceramah Kelompok 3.0 yang dilangsungkan di Perumahan Awam Seri Semarak, PPR Semarak, Ayer Panas Setapak, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Kehadiran ramai masyarakat ibukota pada program itu menyerlahkan kekuatan sebenar PAS yang berakar kukuh dan sekian lama dalam Parlimen tersebut.

Naib Yang DiPertua PAS Setiawangsa, Idris Yaacob menyifatkan ia bukti PAS memiliki sokongan semua lapisan, sekalimgus mewujudkan gerakan untuk memacu PAS lebih terkehadapan dalam kalangan warga ibukota khususnya pada PRU14.

“Sokongan ini kerana PAS memperjuangkan kebenaran dan keadilan berdasarkan petunjuk Ilahi sehingga menjadi rujukan dan pilihan semua pihak.

“Termasuk Kerajaan Brunei umpamanya apabila ingin mengamalkan Undang-undang Islam,” ujar beliau.

Selain Idris, ceramah pada siri itu turut disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agong PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil; Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Nurul Islam Mohammad Yusof dan Ketua Pemuda PAS Setiawangsa, Ustaz Ubaid Abd Akla.

Majlis tersebut juga disiarkan secara langsung menerusi ‘Facebook Live’ PAS Kawasan Setiawangsa yang ditontoni hampir 2,000 pengguna pada masa tersebut. -HARAKAHDAILY 21/2/2018

- Advertisement -