Assabiqat P. Pinang jaulah ke Perlis dan Kedah

- Advertisement -

KANGAR: Assabiqat Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan lawatan ke Maahad Tahfiz al-Quran al-Imam an-Nawawi (MATIN), di sini kelmarin.

- Advertisement -

Pengerusi Assabiqat, Ustazah Mariah Salleh berkata, tujuan lawatan ziarah ini adalah untuk menjalin ukhuwah antara Muslimat dan MATIN disamping memberi semangat baharu kepada para Assabiqat.

Jelasnya, ia kerana mereka telah lama berjuang dan perlu istiqamah dengan menimba ilmu dan mencari pengalaman, selain merai para Assabiqat atas jasa dan pengorbanan selama ini.

Permusafiran mereka dipenuhi pengisian tazkirah, zikir munajat dan solat Dhuha sepanjang perjalanan dari Pejabat PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu.

Ketibaan Assabiqat pula dimeriahkan debgan persembahan qasidah pelajar MATIN dan penerangan oleh Timbalan Mudir MATIN, Ustaz Mohd Azmir Azizan mengenai pusat tahfiz itu dan isu politik.

Rombongan Assabiqat juga setelah itu berkunjung ziarah ke Pondok Dehrang Maahad Tarbiah Islamiah di Kuala Nerang pada sebelah petangnya sebelum pulang semula pada malamnya. -HARAKAHDAILY 20/2/2018

- Advertisement -