Masuk kampung semarak aktiviti kemasyarakatan

- Advertisement -
BAYAN LEPAS: Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menjayakan program Amal Masuk Kampung yang telah diadakan di Kampunh Binjai, di sini kelmarin.
 
Diketuai Pengarah Jabatan Amal Pulau Pinang, Baharin Ahmad dengan kekuatan 50 anggota, mereka telah menyantuni penduduk dengan aktiviti gotong-royong di persekitaran kampung itu.
 
Selain itu, suasana muhibah program tersebut turut diceriakan dengan aktiviti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang dikendalikan Jabatan Amal di Masjid Binjai.
 
Menurut Baharin, program yang diadakan itu bukan sahaja mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat serta mengangkat syiar Jabatan Amal, tetapi juga PAS.
 
Malah katanya, program seumpama itu penting dalam menyemarakkan aktiviti kemasyarakatan di mana pihaknya akan luaskan ke kawasan kampung atau komuniti yang lain pula.
 
Pengerusi Masjid Binjai, Saad Abdullah menyambut baik usaha murni dilaksanakan itu yang meningkatkan lagi penerapan nilai menjaga kebersihan dan kesihatan disamping silaturahim sesama penduduk. -HARAKAHDAILY 20/2/2018
 
- Advertisement -