PASTI Sandakan berukhuwah bersama JIBG

- Advertisement -
SANDAKAN : PASTI Kawasan Sandakan telah mengadakan Majlis Ukhuwah melibatkan pihak pengurusannya bersama Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) di Dewan Serbaguna SMK Agama Tun Juhar, di sini semalam. 
 
Majlis ini bertujuan memberikan penerangan berkenaan PASTI, selain merungkai persoalan-persoalan berbangkit, disamping mengeratkan hubungan antara pengurusan dan ibu bapa para pelajar. 
 
Terdahulu diadakan bacaan surah Yaasiin dan pengisian daripada penceramah jemputan, Ustaz Ajwadi Ahmad mengupas tajuk “Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Mengikut Acuan Islam”.
 
Antara penegasan beliau, perkara utama apabila mendidik anak ialah sentiasa memberikan kasih sayang dan didikan agama secukupnya, selain ibu bapa juga adalah pemberi tauladan penting kepada anak-anak. 
 
Sementara Pengerusi PASTI Sandakan, Heryanto Ladatih turut menyampaikan pembentangan bertajuk “Peranan JIBG Dalam Membangunkan PASTI”.
 
“Selain menerapkan ilmu fardhu ain, agenda 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal akan terus disuburkan dalam pengajaran dan pembelajaran,” ujarnya mengemuka fokus PASTI. – HARAKAHDAILY 18/2/2018
- Advertisement -