PAS kutip derma penuh semangat untuk dimanfaat

- Advertisement -
SEMUA mereka yang sebelum ini suka ejek PAS tadah tin milo akhirnya terpaksa jilat ludah sendiri dengan kahak sekali. 
 
Dengan muka kesian dan suara sayu diiringi irama muzik sedih, mereka juga terpaksa merayu sumbangan derma kononnya nak guna untuk lawan kleptokrasi dan menjatuhkan Najib. Tak tadah tin milo tapi tadah nombor akaun. 
 
Kita orang PAS minta derma dengan suara bersemangat dan penuh keyakinan akan perlunya kita semua menghulurkan sumbangan fii sabilillah. Tanpa perlu buat muka kesian kerana dalam PAS semua ahli dan penyokong sedia maklum bahawa perjuangan ini adalah milik bersama dan tanggungjawab bersama. Kita hulurkan sumbangan untuk kerja-kerja meninggikan agama Allah. 
 
Orang PAS dah hulur derma sejak zaman berzaman lagi. Tak ada seorang pun yang jadi papa kerana menderma. Makin kaya adalah. 
 
Siapa kata, penyokong hulur derma dalam tin milo, tapi pemimpin PAS bermewah-mewah makan duit derma? Pengikut melarat pemimpin bergaya!
 
Saya dalam parti memikul amanah sebagai AJK PAS Pusat, AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Timbalan YDP Setiu, Pengarah MTD Jabi, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Pusat, Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu dan Ketua Kebajikan PAS Terengganu. 
 
Untuk semua tugasan ini, elaunnya hanya 30 hari sebulan dan elaun mingguan 7 hari seminggu. Pergi ke serata negara dengan belanja sendiri. Kot mana mari tuduhan pimpinan PAS makan duit derma? Adalah lepas mesyuarat disediakan jamuan tengah hari seadanya. Pimpinan lain pun begitu juga. Kalau kerana disediakan makan tengah hari seadanya lepas mesyuarat maka dikira makan duit derma, tak tahulah. 
 
Ahli berkorban dan pemimpin berkorban pada tahap masing-masing. Ahli hulur derma dan pimpinan juga hulur derma. Bab derma tak perlu nak syarah kepada orang PAS. Malah pernah ketika menjadi pengerusi dalam satu majlis, saya ditegur oleh hadirin kerana tak umum kutipan derma. Mereka datang siap bawak duit nak derma. Saya juga pernah menjadi tempat merungut seorang hadirin yang datang ke program PAS bila pengutip derma tak datang ke tempat dia duduk. 
 
Tahun 80-an dan awal 90Zan dulu, pengunjung menderma dengan duit syiling. Sekarang duit syiling adalah dijumpai sekeping dua dalam karung derma. Selebihnya ialah helaian wang kertas walaupun hanya RM1. 
 
Plastik rokrak, kopiah lembik, tin, kotak, tabung dan karung semuanya boleh jadi alat pengutip derma. Biasa saja bila diumumkan kutipan derma, ada pengunjung yang bangun dan buka kopiah tolong kutip derma. Marilah bersama kami dan saudara akan faham betapa kemanisan perjuangan ini.
 
DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 18/2/2018
- Advertisement -