Kebajikan asnaf perhatian penting PAS Batang Lupar

- Advertisement -
BATANG  LUPAR: PAS Kawasan Batang Lupar telah menggerakkan program sumbangan kepada golongan asnaf yang tinggal menetap di dalam beberapa perkampungan sekitar parlimen itu kelmarin.
 
Program tersebut dilaksanakan atas keimanan dan tanggungjawab dari perintah Allah S.W.T supaya orang beriman menjaga kebajikan golongan asnaf.
 
Ziarah dari rumah ke rumah rombongan PAS itu diketuai sendiri Yang DiPertua PAS Batang Lupar, Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad antaranya di Kampung Tambak dan Kampung Sepinang, di sini.
 
Melalui kunjungan itu juga pihak PAS mengambil maklum terhadap perkembangan semasa asnaf dari pelbagai sudut kebajikan selain diserahkan sumbangan barangan keperluan asas dapur.
 
Antara diziarahi adalah warga emas yang baharu menjalani pembedahan memotong kakinya disebabkan jangkitan kuman di mana pihak PAS Batang Lupar menyumbangkan kerusi roda di kediamannya di Kampung Tambak. – HARAKAHDAILY 19/2/2018
- Advertisement -