Ziarah Tionghua PAS Kerdau erat kemesraan

- Advertisement -
KUALA KRAU: PAS Dun Kerdau bersama NGO Kerdau Prihatin telah mengadakan edaran buah limau dan kuih bahulu berbentuk ikan kepada masyarakat Cina yang tinggal di sekitar Pekan Kerdau, di sini kelmarin.
 
Pemberian diketuai Penyelaras PAS Kerdau Ustaz Aireroshairi Roslan itu adalah bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut kaum Tionghua.
 
Disertai sama pimpinan PAS Kerdau dan Jentera Halwa termasuk Pemuda dan Jabatan Amal Kawasan Kuala Krau, edaran itu bertujuan mengerat kemesraan dan kerjasama yang telah sedia terjalin.
 
Menurut Ustaz Aireroshairi yang juga Pengerusi Kerdau Prihatin, perbezaan jantina, kaum, bangsa dan benua di mana menimbulkan pelbagai budaya sememangnya ketetapan Allah.
 
Namun menurutnya, segala perbezaan itu tidak menjadi ukuran kepada kemuliaan kerana darjat tertinggi di sisi Allah adalah ketakwaan, sekali gus manusia diajar bahawa perbezaan itu mesti dihormati. – HARAKAHDAILY 17/2/2018
- Advertisement -