PAS Wilayah ziarah sahabat seperjuangan

- Advertisement -
SETIAWANGSA: PAS Kawasan Setiawangsa telah menerima lawatan pimpinan PAS Wilayah Persekutuan yang mengadakan ziarah khusus mengunjungi ahli-ahli PAS dalam kawasan itu, kelmarin.
 
Lawatan itu diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Abd Halim Hassan dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Wilayah Persekutuan, Abu Bakar Sedek diiringi Bendahari PAS Setiawangsa, Abd Kadir Yahya.
 
Kunjungan mereka itu khusus ke atas ahli-ahli PAS Setiawangsa yang diuji dan memerlukan sokongan serta bantuan diadakan sebagai memenuhi tanggungjawab kebajikan.
 
Antara diziarahi adalah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Setiawangsa, Zailan Abd Rahman yang masih menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Besar Kuala Lumpur di kediamannya di Wangsa Maju.
 
Turut dikunjungi adalah keluarga guru PASTI Setiawangsa, Marshita Ramli yang anaknya, Amirul Saidi baharu sahaja menjalani pembedahan di kepala kerana ketumbuhan di kediaman mereka di Setapak Jaya.
 
Pada kunjungan disertai Pengarah Jabatan Pilihan Raya dan Ahli Jawatankuasa PAS Setiawangsa, Idris Yaacob dan Ustaz Yusoop Hamid itu rombongan turut menghulur sumbangan dan doa kesembuhan buat yang diziarahi. – HARAKAHDAILY 17/2/2018
- Advertisement -