Warga Tionghua terima kunjungan muhibah PAS Jerai

- Advertisement -
JERAI: PAS Kawasan Jerai telah mengadakan kunjungan muhibah menyantuni masyarakat Cina di tiga-tiga Dun dalam parlimen itu sejak 12 Februari dan berakhir semalam.
 
Ziarah diketuai sendiri Yang DiPertua PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad diiringi pimpinan PAS Kawasan itu adalah bersempena menjelangnya sambutan perayaan Tahun Baharu Cina esok.
 
Kunjungan bermula di kependudukan yang ramai masyarakat Tionghua iaitu di Pekan Sungai Limau dalam Dun Sungai Limau, diikuti esoknya bertumpu di Dun Guar Chempedak melibatkan Pekan Yan dan Pekan Guar Chempedak.
 
Manakala semalam, rombongan PAS Jerai berkunjung dan menyantuni pula warga Tionghua di empat pekan iaitu Bedong, Gurun, Padang Lembu dan Jening.
 
Mengiringi beliau sepanjang kunjungan muhibah tiga hari itu adalah Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat, selain turut serta di Dun-dun antaranya Pengarah MTD PAS Gurun, Muzaini Azizan. -HARAKAHDAILY 15/2/2018
- Advertisement -