Tahun Baharu Cina bersama warga Tionghua Air Jernih

- Advertisement -

KEMAMAN: Majlis Tindakan Dun (MTD) Kemasik telah mengadakan agihan buah limau sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Perkampungan Cina Air Jernih, Kemasik, di sini semalam.

- Advertisement -

Program ini antara lain bagi menyatakan bahawa PAS tidak pernah menafikan kewujudan kaum Cina di Terengganu selain memperkukuhkan hubungan Cina dan PAS khususnya di Kemasik.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Hamid, program agihan limau kepada warga Cina Air Jernih sempena Tahun Baharu Cina merupakan program tahunan dan sentiasa mendapat maklumbalas yang cukup positif kepada PAS.

“PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) perlu digerakkan semaksima mungkin bagi membantu kemenangan di kerusi yang mempunyai pengundi Cina dalam PRU 14,” tambahnya.

Pengarah MTD Kemasik, Amri Mamat ketika ditemui turut menyatakan keyakinan kebersamaan masyarakat Cina di Air Jernih untuk memberikan sokongan kepada PAS Kemasik dalam PRU14.

Hadir sama, Wakil Muslimat Kawasan Kemaman, Ustazah Rohasni Husin; Timbalan Pengarah MTD Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili; wakil Pemuda Dun Kemasik, Ibrahim Mamat; wakil Ameerah Dun Kemasik, Izana Alisah dan pimpinan setempat.-HARAKAHDAILY 13/2/2018

- Advertisement -