Pemuda PAN WP akui pemimpin PAN layak dikutuk

- Advertisement -

DALAM keghairahan beliau untuk mempertahankan PAN dan menyerang PAS di dalam isu panggilan PAS dengan gelaran “PIGS” oleh pemimpin PAN tertentu, Ketua Pemuda PAN Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan, yang sebelum itu menyelar keras Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi, kerana mewajarkan tindakan ini di atas alasan bahawa pemimpin PAS juga memanggil parti itu dengan gelaran PAN, menulis pula begini:

- Advertisement -

“Ya, beberapa orang pemimpin PAN tidak berdisiplin dan gagal untuk memenuhi tuntutan slogan Rahmatan Lil ‘Alameen (dan layak untuk dikutuk).”
(“Yes, a few of PAN’s leaders are undisciplined and fail to live up to its slogan of Rahmatan Lil ‘Alameen (hence deserve to be condemned).)”

Bagaimanapun, kata beliau, “di atas perkiraan sama, PAS secara keseluruhannya busuk hingga ke umbi” (“by the same measure, PAS as a whole are rotten to the core”) kerana “PAS pula seluruhnya dari Presiden ke ahli bawah, semuanya mem-PAN-kan Parti Amanah Negara”.

Soal “PAS pula seluruhnya dari Presiden ke ahli bawah, semuanya mem-PAN-kan Parti Amanah Negara” adalah satu soal lain yang boleh dihujahkan kewajarannya, bagaimanapun pujian perlu diberikan kepada Ketua Pemuda PAN Wilayah Persekutuan ini kerana berani mengakui:
(1) PAN memenangi “Perlumbaan siapa lebih bangang” kerana “membabi-babikan satu pihak hanya kerana mereka meng-kuali-kan kita”.
(2) Beberapa orang pemimpin PAN tidak berdisiplin dan gagal untuk memenuhi tuntutan slogan Rahmatan Lil ‘Alameen (dan layak untuk dikutuk).

Kita tunggu dan lihat sahaja apakah pemimpin tertinggi PAN akan menyokong atau menegur Ketua Pemuda PAN Wilayah Persekutuan dalam isu ini.

Jika benar beberapa orang pemimpin PAN tidak berdisiplin dan gagal untuk memenuhi tuntutan slogan Rahmatan Lil ‘Alameen (dan layak untuk dikutuk), maka sudah tentulah akan ada tindakan atau teguran ke atas “beberapa orang pemimpin PAN” ini.

Jika tiada sebarang tindakan atau teguran yang diambil ke atas “beberapa orang pemimpin PAN” ini maka ia boleh membawa makna bahawa suara Ketua Pemuda PAN Wilayah Persekutuan tidak laku di dalam PAN dan hanyalah suara di pinggiran.

- Advertisement -