Menonjol peranan Muslimat di tengah masyarakat

- Advertisement -

PUTATAN: Sampai masanya Muslimat PAS tampil menonjolkan profesionalisme gerak kerjanya dan tidak semata-mata di balik tabir perjuangan, demikian seru Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu.

- Advertisement -

Menurutnya, ikon dalam kalangan Muslimat PAS perlu diketengahkan dan membina imej berpengaruh menerusi peranan dakwah dan siyasah di tengah masyarakat.

“Ini sangat penting bagi meningkat hubungan dengan masyarakat, sekali gus bukti bahawa PAS sangat menghargai peranan Muslimat dan menunjukkan keterbukaan PAS,” ujarnya.

Beliau melontarkan demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan Kali Ke-16, di sini kelmarin.

Menyentuh mengenai persiapan PRU14, beliau mahu Muslimat aktif menyumbang tenaga semampunya di posisi masing-masing, selain meningkatkan munajat memohon bantuan Allah.

Tegasnya, amalan qiyamullail, bacaan al-Quran, zikir Asma ul-Husna dan salawat Tafrijiyah yang dilaksanakan Muslimat PAS Putatan adalah usaha sangat baik dan mesti istiqamah.

Beliau juga berpesan supaya memanfaatkan kemahiran menulis untuk meluaskan pemahaman awam di media sosial serta mempromosikan Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051.

Nasihatnya, semua bahan tersebut perlu disebarkan dengan pendekatan menerang agenda serta kekuatan sendiri dan bukannya menyerang kelemahan pihak lawan.-HARAKAHDAILY 13/2/2018

- Advertisement -