PAS Jerai informasikan penduduk melalui ceramah

- Advertisement -

JERAI: PAS Kawasan Jerai menerusi MTD Guar Chempedak telah mengadakan majlis ceramah penerangan isu-isu semasa yang dilangsungkan di Pekan Sungai Yan, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Ceramah yang juga diadakan sempena Simulasi PRU14 oleh PAS Kawasan seluruh negeri Kedah itu telah menampilkan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Turut sama menyampaikan ceramah adalah Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali dan Yang Dipertua PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad.

Ceramah disampaikan ternyata penuh dengan informasi semasa di mana terlihat oleh sambutan menggalakkan daripada penduduk tempatan yang tidak berganjak mengikuti lontaran diutarakan.

Penceramah banyak mempertegaskan mengenai matlamat serta hala tuju PAS dan pendekatan dalam PRU14 nanti selain komitmen PAS Kedah bertanding di semua Dun dalam matlamat kembali memerintah.

Turut disentuh dan menarik perhatian hadirin adalah pengalaman PAS sebagai Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2008 yang berjaya melaksana pelbagai agenda kesejahteraan rakyat.-HARAKAHDAILY 12/2/2018

- Advertisement -