Tokoh Assabiqun Sik disantuni generasi pelapis

- Advertisement -
SIK: PAS Kawasan Sik telah melakukan ziarah mahabbah menemui tokoh Assabiqun, Abdul Rahman Awang Kechik di Kampung Charok Tenang, di sini hari ini.
 
Kunjungan ini yang merupakan rutin PAS Sik dilakukan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara generasi awal PAS bersama pelapis dan aktivis kini.
 
Rombongan diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ahli Jawatankuasa PAS Sik, Jamal Hashim serta Sarina Shaari.
 
Abdul Rahman yang kini berusia 80 tahun merupakan generasi awal dan amilin PAS Sik seangkatan perjuangan dengan Almarhum Sulaiman Ahmad iaitu ayahanda Ustaz Tarmizi dan Almarhum Ahmad Suji.
 
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mad Lazim dalam kalangan penduduk kekal istiqamah bersama perjuangan PAS di mana kegigihannya di zaman lampau menjadi teladan generasi kini.
 
Turut mengiringi kunjungan rombongan itu adalah Setiausaha Pemuda PAS Sik, Mohd Ailmi Zakarya. – HARAKAHDAILY 11/2/2018
- Advertisement -