SRITI dan PASTI didedah latihan kebakaran

- Advertisement -
PUCHONG: SRITI Bestari telah mengadakan latihan kebakaran dengan kerjasama pasukan Bomba dan Penyelamat Serdang yang telah diadakan di premis pendidikan itu, di sini kelmarin.
 
Latihan melibatkan 224 pelajar SRITI Bestari dan PASTI Luqman Hakim bersama para guru dan staf mereka itu dalam usaha meningkatkan kesediaan menghadapi situasi kebakaran.
 
Ia sekali gus memberi kesedaran bahawa kemungkinan dan risiko kecederaan, kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda dapat dielak dan ditangani dengan peranan semua pihak.
 
Dalam modul latihan tersebut, dua pelajar ‘cedera’ setelah terperangkap, bagaimanapun kecekapan bomba dengan kekuatan anggota dan jentera pemadam api serta ambulan telah berjaya ‘menyelamatkan’ mereka.
 
Pada demonstrasi diadakan, pihak bomba turut mendedahkan peserta dengan langkah-langkah keselamatan dan penggunaan alat pemadam api jenis serbuk kering.
 
Menghargai ilmu diberikan pihak bomba itu, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Bestari telah menyampaikam sijil penghargaan dan cenderamata serta sumbangan kepada Tabung Kebajikan Anggota Bomba Serdang. – HARAKAHDAILY 11/2/2018
- Advertisement -