Pasir Gudang rancak adakan MAT Cawangan-cawangan

- Advertisement -

PASIR GUDANG: Yang DiPertua PAS Kawasan Pasir Gudang, Azhari Mohd telah menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Cawangan Taman Air Biru, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Perasmian tersebut merupakan sebahagian kemeriahan dan semarak ahli PAS dalam kawasan itu melangsungkan MAT PAS Cawangan-cawangan yang telah diadakan sejak awal Januari lalu.

Menurut Azhari, kehadiran ahli dan berlangsungnya MAT tersebut memberi isyarat istiqamah dan kewujudan PAS dalam perjuangan mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini.

“Dalam minggu ini sahaja terdapat lima PAS Cawangan yang telah bermesyuarat. Inilah kewajipan ahli setiap peringkat hingga berlangsungnya Muktamar PAS Pusat nanti.

“Selain itu mereka juga meneruskan kerja-kerja kebajikan dan penerangan selain turut serta pelbagai program besar PAS menjelang Muktamar,” ujarnya.

Menurut beliau, gelombang ditunjukkan seluruh negara kini mahukan kebangkitan Islam dan beliau turut menyeru ahli menjayakan Fastaqim Johor pada 24 Februari nanti. -HARAKAHDAILY 9/2/2018

- Advertisement -