PAS perluas misi bantuan ke Bandar Tatau

- Advertisement -
BINTULU: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bintulu sedang giat memperluaskan misi bantuan banjir hingga ke Bandar Tatau yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandar Bintulu, semalam.
 
Dengan kerjasama NGO Khidmat Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Bintulu, pasukan ini telah memberikan bantuan berupa air mineral dan makanan di Pusat Pemindahan Banjir Dewan Tatau yang menempatkan lebih 600 mangsa.
 
Misi ini diteruskan untuk menyampaikan bantuan banjir ke kampung-kampung berhampiran yang teruk dilanda banjir di mana air naik sekurang-kurangnya paras lutut.
 
Semua entiti tersebut kini dalam siap siaga sepenuhnya untuk sebarang kemungkinan berikutan air masih belum surut walaupun cuaca bertambah baik berbanding beberapa hari lepas. 
 
Jabatan Amal juga sempat berkunjung ke rumah salah seorang guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Bintulu di Kampung Tengah. -HARAKAHDAILY 10/2/2018
- Advertisement -