Bintulu gerak bantuan kepada mangsa banjir

- Advertisement -

BINTULU: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bintulu dengan kerjasama Khidmat Banjir Bintulu dan Briged Muslimat Bintulu telah menggerakkan inisiatif bantuan berikutan banjir melanda kebanyakan kawasan negeri tersebut.

- Advertisement -

Sehubungan itu, kutipan kilat Sumbangan Rakyat telah dilaksanakan selama tiga jam di sebuah pasaraya terkemuka mengumpulkan air minuman, makanan, pakaian, selimut dan tuala bagi kegunaan mangsa banjir, semalam.

Sumbangan langsung terus diedarkan ke Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Suarah, Dewan Orang Ramai Kampung Assyakirin dan Dewan Muktamar Kampung Jabai melibatkan lebih 300 keluarga mangsa.

Ketua Jabatan Amal Bintulu, Zabidi Massuni memaklumkan, sumbangan tersebut sebagai agenda kebajikan bagi meringankan beban mangsa dan turut dibantu pelbagai pihak.

Sementara Ketua Khidmat Banjir Bintulu, Khairul Ismail berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan dan bergerak bersama pasukan lain untuk memberikan bantuan lanjut.– HARAKAHDAILY 9/2/2018

- Advertisement -