PTMP, Perumahan mewah bukti DAP ketepikan rakyat

- Advertisement -

PAS Pulau Pinang menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang tidak mementingkan kebajikan rakyat terbanyak apabila hanya menggadai alam sekitar termasuk tambakan laut, penggondolan bukit dan pengusiran terhadap kawasan miskin dengan tujuan membina perumahan mewah.

- Advertisement -

Penempatan berskala besar yang hanya layak didiami mereka yang kaya, selain projek Pelan Induk Pegangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang dilihat bakal memberi impak negatif kepada kehidupan rakyat. Tindakan itu telah sama sekali membelakangi manifesto yang dibentang pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Mengulas isu itu, Krew Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob dan Ustaz Izwan Abdul Halim menemubual Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof di Permatang Damar Laut.-HARAKAHDAILY 8/2/2018

( Ikuti siri pertama wawancara tersebut yang disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2322 edisi Jumaat ini yang bakal berada di pasaran )

- Advertisement -