Sekampit Beras Buat Saudaraku beri seribu makna

BINTULU: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Bintulu telah mengadakan program “Sekampit Beras Buat Saudaraku” yang dilangsungkan di PASTI, di sini kelmarin.
 
Program ini bertujuan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dalam kalangan ibu tunggal yang tinggal disekitar kawasan itu, seterusnya merapatkan hubungan masyarakat kepada PAS.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh Naib Pengerusi Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga Dewan Muslimat PAS Malaysia, Habshah Bakar.
 
Beliau diiringi Ketua Muslimat PAS Negeri Sarawak, Ustazah Juliani Adin dan Pengerusi Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Bintulu, Dr Nurul Fatiah Abdullah.
 
Program tersebut juga dalam rangka memenuhi garis pembangunan sosial dan ekonomi yang menjadi sebahagian prinsip Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051. – HARAKAHDAILY 6/2/2018