PINTAR bangunkan infrastruktur asas penduduk

- Advertisement -
PUTATAN: Projek Infrastruktur PAS DUN Tanjong Aru (PINTAR) siri pertama yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Kampung Tanjong Aru, di sini hari ini
 
Menurut Pengarah PINTAR 1.0, Maslan Mula, fokus utama projek siri pertama ini adalah untuk membantu penduduk kampung menyiapkan jambatan ke rumah mereka yang rosak dipukul ombak. 
 
Kerja-kerja pembinaan dan baik pulih jambatan telah dilakukan secara bergotong-royong dengan pihak PAS menyumbang dan menguruskan bahan asas binaan dan pertukangan.
 
Siri PINTAR selanjutnya akan diteruskan di beberapa lokasi lain dalam Dun tersebut bagi membantu menyelenggara dan meningkatkan kualiti fasiliti awam yang memerlukan.
 
Pun begitu ia tertakluk kepada kemampuan kewangan, aset dan tenaga dimiliki pihak PAS Putatan yang sedaya upaya menghulurkan bantuan tersebut demi kesejahteraan hidup penduduk.
 
Rakyat Malaysia yang prihatin boleh turut menjayakan pintar dengan sumbangan ke akaun BIMB 10016010078048 atas nama PAS Putatan dan sebarang pertanyaan hubungi Maslan ditalian 019-530 6407. – HARAKAHDAILY 6/2/2018
- Advertisement -