PAS halau anak Tadika; propaganda diulang-ulang

Dr Azman1
- Advertisement -

PADAHAL bekas pemimpin Umno Marang yang sekarang menjadi Pengerusi PPBM Marang dah mengaku bahawa dia terlibat dalam lakonan halau budak Tadika zaman PAS perintah Terengganu dulu.

- Advertisement -

Kita orang politik tak pelik dengan kerja saraf musuh. Semasa ceramah di Sabak Bernam minggu lepas, pengerusi majlis ceramah ialah seorang bekas petugas Umno yang dah menyertai PAS.

Dia cerita, biasa saja di musim pilihan raya petugas Umno sendiri yang turunkan bendera Umno dan bakar pos pilihan raya Umno dengan tujuan nak memburukkan PAS kononnya orang PAS bertindak ganas. Tambahan pula lepas tu boleh dapat upah untuk pasang bendera dan buat pos semula. Jadi dua kali untung!

“Serik doh weehhh!! Kena sekali padan doh! Biarlah Umno dulu kini dan selamanya.” Inilah ungkapan biasa penyokong tegar Umno Terengganu. Bila kita tanya, apa yang PAS dah buat sampai jadi serik? Dia jawab, “Apa kerja orang PAS halau budak Tadika!”

Kalau kezaliman Umno runtuhkan rumah rakyat yang dibina atas tanah kurnian Kerajaan PAS Terengganu selepas mereka kembali berkuasa pada 2004, ini cerita betul dan bukannya rekaan. Nak dengar kisah tragis ini, silakan pergi ke Pengkalan Merbau Langkap di Setiu.

Umno runtuhkan masjid juga cerita betul dan bukannya lakonan. Nak tahu cerita, pergilah ke Kampung Bujal, Kemaman.

Umno ambil tanah pertanian tempat rakyat mencari sesuap rezeki yang diagihkan oleh Kerajaan PAS Terengganu untuk diberi kepada pemaju projek udang, ini cerita betul. Nak tahu silakan pergi ke Kampung Banggol Setiu.

Penyokong Umno tegar bahagia hidup dalam ilusi ciptaan mereka sendiri. Ianya terus menjadi mimpi yang menganggu tidur mereka. Padahal mereka yang tidur tak basuh kaki sebab itu mimpi mengarut macam-macam.

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat
HARAKAHDAILY 6/2/2018

- Advertisement -