Sarawak rintis usaha kelahiran TASTI sulung

- Advertisement -
BINTULU: Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak sedang merintis usaha ke arah penubuhan Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) di negeri ini.
 
Sehubungan itu, sesi taklimat khas dengan mengumpulkan 25 wakil Muslimat PAS Kawasan dari seluruh Sarawak telah diadakan di PASTI, di sini kelmarin dan semalam.
 
Sesi taklimat telah disampaikan sepenuhnya oleh Naib Pengerusi Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga Dewan Muslimat PAS Malaysia, Habshah Bakar sepanjang dua hari tersebut.
 
Bekas Profesor Madya Universiti Utara Malaysia itu membentangkan kepentingan, fungsi dan peranan TASTI, selain turut dijelaskan mengenai prosedur penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan kurikulum TASTI.
 
Turut didedahkan adalah keunikan TASTI berbanding pusat jagaan lain antaranya modul  Asmaul Husna yang menjadi teknik diaplikasi dalam proses penjagaan bayi dan kanak-kanak di institusi tersebut.
 
Menerusi sesi tersebut juga menjadi langkah awal pihak lajnah mendapatkan pandangan semua peserta sebelum institusi untuk bayi dan kanak-kanak 2 hingga 4 tahun itu dapat ditubuhkan secara rasmi. -HARAKAHDAILY 5/2/2018
- Advertisement -