Jaminan Islam terhadap semua agama

- Advertisement -

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut:

- Advertisement -

Pada mana kita nak mencapai kemerdekaan, ini akhirnya. Tahun 1955, kita ada pilihan raya. Masa itu yang menang ialah Parti Perikatan, PAS menang satu kerusi sahaja, pembangkang di Kerian Laut. Tok Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, satu kerusi pembangkang. Satu pembangkang sahaja. Perikatan diwakili Umno, United Malay Nasional Organization, orang Melayu. MCA, Malayan Chinese Association, Cina. Dan MIC Malayan Indian Congress, tak ada parti lain.

Di mana Parlimen yang awal membentuk rombongan untuk menuntut kemerdekaan. Pada masa itu PAS satu kerusi pembangkang, bersama dengan NGO-NGO Islam, didukung oleh Raja-raja Melayu, dan didukung oleh beberapa kalangan dalam Umno mendesak kepada Suruhanjaya Reid supaya meletakkan dalam perlembagaan Islam adalah agama persekutuan. Dalam masa yang sama, menerima hakikat wujudnya kaum-kaum yang lain, yang malang dibawa oleh penjajah. Penjajah bawa kaum India, bawa kaum Cina, kaum ini, tujuannya untuk laga-lagakan manusia, untuk mereka berkuasa teru untuk mendapat hasil.

Islam mengajar kita masyarakat majmuk. Maka kita menerima adanya masyarakat majmuk. MCA, MIC mewakili kaum bukan Islam, Cina dan India mesti dihormati. Maka diletak dalam perlembagaan kebebasan penganut agama lain hendaklah dijamin. Ini memorendum PAS di masa itu. Tetapi sistem pemerintahannya bercelaru selepas itu, itu cerita lain.

PAS mendesak supaya dilaksanakan Islam. Malangnya perjuangan PAS dihalang, tak diterima. Orang-orang Melayu sendiri tak terima perjuangan PAS kerana orang Melayu dia Melayu sahaja, dia tak terima Islam. Dia sembahyang sahaja, fahaman politik tentang agama tak ada pada dia. Padahalnya dia terima bagaimana adab Islam, diamalkan dalam masyarakat kita, kaum India keluarga India keluarga Cina boleh hidup di Kelantan, boleh hidup di Terengganu, boleh hidup dalam kampung yang penuh orang Melayu Islam, boleh berkedai boleh apa, ini adab-adab yang diajar oleh Islam. 13 Mei tak berlaku di Kelantan, tak berlaku tentang 13 Mei, berlaku di Kuala Lumpur di Penang sahaja berlaku. Penang pening masa itu. Berlaku.

Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau pada Dialog Presiden PAS bersama NGO India, 4 Februari 2018 di  Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) – HARAKAHDAILY 5/2/2018

- Advertisement -