DAP ‘mengarutlah’-Ustaz Fauzi

- Advertisement -
BAYAN BARU: PAS Pulau Pinang menyifatkan DAP parti ‘mengarut’ dan tidak boleh diharapkan rakyat berikutan dasar yang diputuskan selama ini bertentangan dengan manifesto dibentang semasa PRU13 lalu.
 
Menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinanh, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof, beberapa tindakan dibuat tidak dibincangkan bersama rakan dalam Pakatan Rakyat selepas PRU13 termasuklah dalam hal pembangunan.
 
“Jadi, hubungan kita dengan DAP ini dalam Pakatan Rakyatlah. PRU13 yang dulu ini, dengan kita sama-sama dengan Pakatan Rakyat. PAS, DAP, PKR dalam Pakatan Rakyat. Selepas daripada PRU13, kita masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. 
 
“Tapi kita tengok lepas penggal yang kedua ini, selepas daripada PRU13 ini, dah mula kita nampak DAP ini dan juga PKR ini dah mula mengarutlah. Dan mesyuarat Pakatan Rakyat pun dah mula tak mahu buat dah,” kata beliau menyimpul kemas isu hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat empat tahun lalu.
 
Setelah itu hurainya, hubungan putus angkara kebiadaban DAP mempertikai dasar Islam PAS selain banyak menghina hukum hakam Islam.
 
Malah kata beliau, beberapa tindakan DAP di Pulau Pinang ini bertentangan dengan manifesto yang dirangka khasnya dalam hal pembangunan, tanah dan alam sekitar.
 
Paling menyedihkan suaranya, pengusiran ‘paksa’ berlaku ke atas penduduk kampung di dalam pulau bilamana Kerajaan DAP membawa masuk pemaju untuk membangunkan perumahan.
 
Menurut beliau, sebelum daripada PRU13, beberapa pertemuan dengan Majlis Pakatan Rakyat telah diadakan, namun selepas PRU13 semakin tiada pertemuan yang menyebabkan DAP tidak lagi menghormati keputusan bersama.
 
“Dan kita lihat ada beberapa perkaralah. Isu tanah, kita bagi beberapa kali memorandum. Semasa Pesuruhjaya Ustaz Salleh Man, kemudian Mohamad Sabu. 
 
“Semuanya tidak berhasil hingga Iszuree Ibrahim membangkitkan di Muktamar PAS semasa di Johor, akhirnya Iszuree dipecat dari Ahli Majlis (MBPP).
 
“Jadi apa maknanya kalau kita makna sebahagian daripada kerajaan, kita tak boleh menyuarakan hal-hal yang ataupun perkara-perkara yang menjadi kesulitan khususnya orang Melayu rakyat Negeri Pulau Pinang ini?” soal Ustaz Fauzi.-HARAKAHDAILY 5/2/2018
 
 
( Ikut pendedahan lanjut beliau isu tanah, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), isu fatwa dan nasib Melayu Pulau Pinang dalam Harakah cetak Bil.2322 edisi Jumaat akan datang ).
- Advertisement -