Craft With Ameerah tarik perhatian kaum wanita

- Advertisement -

TITIWANGSA: Ameerah PAS Kawasan Titiwangsa telah menganjurkan program Craft With Ameerah yang dilangsungkan dengan jayanya di Kampung Datuk Keramat, di sini semalam.

- Advertisement -

Program terbuka untuk anak muda seluruh Titiwangsa ini bertujuan untuk mengasah kretiviti dalam diri masing-masing menerusi penghasilan kraf tangan.

Para peserta didedahkan teknik untuk menghasilkan ‘pin cusion‘ dengan pelbagai design dan bentuk yang menarik serta berpotensi dikomersilkan.

Ketua Muslimat PAS Titiwangsa, Sharifah Rashida Sayed Idrus pada ucapan beliau menyentuh isu berkaitan pembangunan tenaga mahir dalam industri pekerjaan.

“Zaman sekarang, ramai graduan universiti mengganggur kerana tidak dapat pekerjaan. Jika yang bekerja pula, majoriti bukan dalam bidang mereka.

“Antara sebab perkara ini berlaku kerana limitasi pengambilan pekerja di sektor kerajaan mahupun swasta, gara-gara ekonomi negara yang kian merundum.

“Jadi, sesetengah wanita menjadi kreatif untuk menjana pendapatan, terutamanya bagi suri rumah, supaya dapat bantu suami mencari nafkah demi kelangsungan hidup,” ujar beliau.

Program ini nyata telah membawa manfaat baik kepada wanita muda di mana rata-rata peserta yang hadir turut menaruhkan harapan dan kepercayaan kepada PAS.

Mereka berkongsi pandangan berkaitan politik yang antaranya mahu PAS meneraju Malaysia khususnya di Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Ameerah Titiwangsa sebelum ini telah menganjurkan pelbagai program seperti Gelombang Edaran Kurma, ziarah kasih ke rumah-rumah ibu tunggal, miskin dan OKU serta Baking With Ameerah pada Januari lalu.-HARAKAHDAILY 5/2/2018

- Advertisement -