Bengkel dedah kaum wanita pembuatan pastri

- Advertisement -
SUBANG: Persatuan Wanita Prihatin Subang (Priwanis) telah menganjurkan Bengkel Memasak “Jom Kongsi Resepi” yang diadakan di PASTI Little Muslim, Pangsapuri Desa Subang, di sini kelmarin.
 
Program dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 18 dan International Women Muslim Union (IWMU) itu diadakan di bawah bimbingan Chef Junaidah Ahmad ari Putrilicious Food, Taman Medan.
 
Pada penganjuran sesi ini, para peserta diberi tunjuk ajar pembuatan pastri seperti roti dan pizza di mana selain sebagai ilmu persendirian, ia juga ke arah meningkatkan daya saing wanita bagi membantu menambah pendapatan.
 
Program tersebut turut menerima pengisian rohani disampaikan pendakwah, Ustaz Zaharuddin Muhammad mengenai beban kehidupan antaranya penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
 
Sedangkan menurutnya, perkara itu bertentangan dari konsep jizyah dalam Islam selain wujud pilihan berlandaskan syarak antaranya cukai saham dan cukai korporat yang boleh menjadi alternatif kepada GST.
 
Penutup program telah disempurnakan oleh Ahli Majlis MPP Zon 18, Siti Rohaya Ahad yang menyentuh keprihatinan dan tanggungjawab khususnya kaum ibu terhadap akidah anak-anak di mana kesali beliau terhadap kes Indira Gandhi. – HARAKAHDAILY 5/2/2018
- Advertisement -