HIMMAH 12K bukti PAS sedia memerintah Perak

- Advertisement -
LAUNGAN takbir lebih 12,000 anak jati Perak menggegarkan Bandaraya Ipoh semalam sekali gus menjadi bukti kesediaan PAS Perak menawan dan memerintah Negeri Perak pasca PRU 14.
 
Ribuan yang membanjiri Padang Meru Raya sejak petang sehingga acara kemuncak bersama ayahanda Tuan Guru YB Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.  Ikrar yang dilafazkan di depan Tuan Guru Presiden menzahirkan komitmen dan istiqamah amilin berusaha mencipta kemenangan PAS di bumi Perak dengan bantuan dari Allah.
 
HIMMAH 12K satu signal jelas bahawa para petugas PAS Perak sudah bersedia berdepan dengan PRU14. Penyerahan panji daripada Tuan Guru Presiden menyemarakkan semangat bertugas. Tambahan taujihat pimpinan membugar minda dan tenaga para pemuda.
 
Lebih manis lagi apabila melihat kaunter pendaftaran ahli baru PAS tidak berhenti beroperasi bermula jam 5 petang hingga jam 11.30 malam masih ada lagi yang ingin mendaftar keahlian. Malahan kaunter daftar pemilih juga tidak putus kunjungan. 
 
Pemuda PAS Perak optimis ‎InshaAllah Perak akan kita kembali memerintah dengan semangat mewujudkan Perak Sejahtera sebagai Baldatun Toyyibatun wa Rabbul Ghafur. 
 
Saya mengucapkan penghargaan dan tahniah buat sahabat saya Ustaz Hafez Sabri selaku Pengarah HIMMAH 12K bersama seluruh penggerak yang berusaha menjayakan program ini. Semoga usaha murni diterima Allah sebagai amal soleh.
 
 
MOHD AKMAL HJ KAMARUDDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 4/2/2018
- Advertisement -