DAP pun tumpang menyerang Azmin

- Advertisement -
RUPANYA bukan PAN sahaja yang membidas MB Selangor Dato’ Seri Mohd Azmin Ali, penajanya DAP turut tidak ketinggalan.
 
Dalam FBnya anggota JK Pusat DAP yang juga bekas EXCO dan Adun Selangor Ronnie Liu turut menempelak Azmin dengan kata nista.
 
Anda telah gagal segagal-gagalnya kata Ronnie dan anda tidak layak menjadi Pengerusi PH Selangor.
 
Jelas PAN dan DAP seakan bersekongkol menyerang Azmin demi apa sahaja muslihat dan agenda yang mereka sahaja tahu.
 
Dalam ruangan komen dalam postingnya, Ronnie mempertegaskan lagi sikapnya pada Azmin dengan menyebut:
 
“Tolak MB Min kerana dia sabotaj PH. MB Min yang kata PAN menipu. Sebenarnya dia yang menipu.”
 
Dan saya sekali lagi mahu rekodkan bahawa seburuk-buruk pandangan yang lain pada PAS sekurang-kurangnya kami tidak pernah tergamak menyerang apatah lagi menghina MB kami sedemikian rupa.
 
Walaupun kami dicop anak nakal tapi kami punya adab dan budaya. 
 
Kalau begitulah pandangan PAN dan DAP terhadap Azmin, sewajarnya secara terhormat angkatlah kaki dan berambus keluar dari kerajaan, bukan begitu? – HARAKAHDAILY 4/2/2018
- Advertisement -