Bukan angan-angan Mat Jenin

- Advertisement -

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut:

- Advertisement -

Kita tegas bersama dengan Islam. Kita bertanding dengan kerusi yang sebanyak-banyaknya. Ada orang kata ini angan-angan Mat Jenin. Saya baca juga cerita Mat Jenin masa sekolah Melayu dulu tahun 50-an 60-an, seorang yang memanjat pokok kelapa bergantung pada pelepah yang reput berangan-angan untuk jual buah kelapa jadi kaya, angan-angan. Tak sedar bergantung dengan pelepah yang kering, jatuh mati.

Kita bukan bergantung dengan pelepah yang kering, PAS bergantung dengan Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan yang kuat.

Hari ini kita mempunyai 195 Kawasan di seluruh negara. Daripada 222 kerusi Parlimen, PAS ada 195 Kawasan di seluruh negara. Kita hanya bertanding mungkin 140 kerusi, sekurang-kurang untuk menang 40 kerusi. Kalau boleh menang 100 kerusi, 140 kerusi. Orang kata mustahil, tak apa, kita letak 40 kerusi. Dengan 40 kerusi dalam perhitungan politik, kita menjadi King Maker. Menjadi kunci yang mempengaruhi pemerintahan negara dengan 40 kerusi. Tak ada parti yang boleh menubuhkan kerajaan. Bila PAS ada 40 kerusi orang lain mesti dengar cakap PAS, mesti dengar syarat-syarat PAS. Orang lain itu siapa? Tunggu pilihan raya. Sekarang kita tak mahu dengar.

Sekarang orang boleh cakap janji pilihan raya. Lepas pilihan raya kita akan dengar mereka terima tawaran kita ataupun tidak.

Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau pada Himpunan Perak Istiqamah (HIMMAH 12K), 3 Februari di  Padang Bandar Meru Raya, Ipoh yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) – HARAKAHDAILY 4/2/2018

- Advertisement -