PAS Maran giatkan rutin Ziarah Rakyat

- Advertisement -

MARAN: Jabatan Pilihan Raya PAS Dun (JPrD) Luit dengan kerjasama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Maran telah mengadakan program Ziarah Rakyat di Kampung Luit dan Felda Kampung New Zealand, di sini semalam.

- Advertisement -

Program diketuai Pengarah JPrD Luit, Shikh Ab Halim Shik Hassan itu turut disertai Yang DiPertua PAS Maran, Hasenan Haron dan Penyelaras PAS Dun Luit, Ustaz Shahrul Nizam Abdul Halif bersama pimpinan PAS Cawangan.

Ziarah tersebut bertujuan membantu meringankan sedikit bebanan dihadapi penduduk, selain mengeratkan hubungan serta menyantuni mereka yang mengalami masalah kesihatan.

Pada kesempatan ziarah tersebut, rombongan turut mengunjungi dan menghulur sumbangan kepada mangsa kebakaran yang rumahnya hangus dijilat api di Pekan Sri Jaya baru-baru ini.

Selain itu, menerusi ziarah tersebut juga rombongan menitipkan doa dan nasihat agar bersabar dengan ujian dihadapi sebagai satu seruan mengingati Allah dan sokongan sesama insan.

Aktiviti tersebut merupakan rutin mingguan digerakkan secara aktif dan pihak PAS Maran mengalu-alukan segala bentuk sumbangan menerusi akaun Maybank Tabung Kebajikan PAS Kawasan Maran 556057507142. – HARAKAHDAILY 3/2/2018

- Advertisement -