PAS Kemaman kehilangan pemimpin komited

- Advertisement -
KEMAMAN: PAS Kawasan Kemaman telah kehilangan Ahli Jawatankuasanya, Ustaz Zulnurdin Ismail yang disahkan meninggal dunia di rumahnya, di Sungai Cendor, di sini jam 12:30 tengah malam tadi.
 
Allahyarham, 46 tahun yang juga Bendahari Urusan Ulamak PAS Kemaman dan Ketua Urusan Ulamak PAS Dun Air Putih meninggalkan balu, Ustazah Suraini Yaakob, 46 dan tiga anak lelaki berusia 4, 11 dan 16 tahun.
 
Menurut Timbalan Pengarah MTD Air Putih, Zulkifli Mat Yakim, Allahyarham ada mengadu sesak nafas kepada isterinya sebelum meninggal dunia dan solat jenazah telah diadakan sekitar jam 10:30 pagi tadi, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Kapor, Binjai, di sini.
 
Ketua Penerangan PAS Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh yang menyifatkan pemergian itu sebagai mengejutkan turut memaklumkan bahaws Allahyarham sepatutnya bermalam bersama dalam Tamrin Qiadi PAS Kemaman di Kertih.
 
Namun katanya, Allahyarham yang cukup istiqamah dan komited bekerja untuk Islam hingga akhir hayatnya itu meminta izin tidak bersama kerana mengadu tidak sihat dan mendoakan rohnya bersama para anbiya. – HARAKAHDAILY 3/2/2018
- Advertisement -