Doktor Palestin tamat sarjana di USM

- Advertisement -
KOTA BHARU: Dua doktor perubatan dari Palestin Dr Mahmoud Abu Marzouq dan Dr Ali H A Abusafia yang melanjut di peringkat sarjana di sini berjaya menamatkan pengajian. 
 
Mereka ditaja Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia sepanjang tempoh pengajian di negara ini.
 
Mereka melanjut pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Orthopedik dan Pendidikan Perubatan di Universiti Sains Malaysia.
 
Presiden Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia, Ustaz Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, kejayaan pelajar berkenaan hasil kerjasama semua pihak yang banyak membantu termasuk USM.
 
Menurutnya, ia bukan hanya usaha Cakna Palestin sahaja, sebaliknya pelbagai pihak yang menyalurkan dana bagi membantu pelajar tersebut.
 
“Perjuangan kita bukan hanya membantu rakyat Palestin yang ditindas di bumi sana, sebaliknya membantu rakyat mereka mencari ilmu di negara kita,” ujarnya ketika meraikan kejayaan dua pelajar Palestin itu.
 
Turut hadir Ketua Jabatan Kecemasan USM, Prof Dr Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman, penaja dan anggota jawatankuasa Pertubuhan Cakna Palestin.
 
Wan Mohd Sharafi juga berharapusaha Pertubuhan Cakna Palestin memperjuangkan isu kemanusiaan dalam membebaskan Al-Aqsa turut mendapat sokongan rakyat negara ini. – HARAKAHDAILY 4/2/2018
- Advertisement -