Ahli ARC kemalangan diberi perhatian PAS Spg Renggam

- Advertisement -
JOHOR BAHRU: Pimpinan PAS Kawasan Simpang Renggam telah menziarahi ahli Alternative Riding Club (ARC) Kawasan itu, Herman Syahrir Iskandar di Hospital Sultanah Aminah, di sini semalam.
 
Ziarah itu sebagai menyatakan simpati dan sokongan, serta memberikan sedikit sumbangan kepada beliau yang terlibat kemalangan hingga menyebabkan kepatahan di tiga bahagian tulang tangan kanan.
 
Ketika lawatan diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Simpang Renggam, Mohd Jubri Selamat itu, Herman baharu sahaja selesai menjalani pembedahan dari kecederaan dialami itu.
 
Menurut isteri beliau, Norazilah Md Amin, kejadian berlaku pagi kelmarin di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Kulai arah Selatan ketika suaminya dalam perjalanan ke tempat kerja di Kempas.
 
Maklumnya, pandangan Herman yang menunggang motosikal ketika itu tiba-tiba menjadi gelap dan hanya sedar setelah pihak polis dan ambulan tiba di tempat kejadian.
 
Rombongan yang turut disertai Bendahari PAS Simpang Renggam, Anuar Yusof; Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan, Zaharah Suleiman dan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan, Md Shes Md Desah.
 
Mereka turut menitipkan doa dan pesanan agar keluarga itu bersabar dengan ujian menimpa serta terus istiqamah dalam perjuangan yang didokong. – HARAKAHDAILY 3/2/2018
- Advertisement -