Umno tidak mampu pertahan Islam dan orang Melayu

- Advertisement -

MARANG: Kerajaan Malaysia yang ditunjangi pemimpin Umno, berada dalam keadaan yang sangat lemah kerana tidak mampu mempertahan kesucian agama Islam dan kepentingan orang Melayu.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata, walaupun sudah lebih 50 tahun menjadi pemerintah, parti itu tidak mampu menggubal undang-undang mempertahankan syariah.

“Berhubung isu yang terbaru berkait dengan orang sudah masuk Islam, tetapi telah disytiharkan oleh Mahkamah Sivil sebagai tidak sah.

“Umno yang memerintah negara ini begitu lama tidak mampu menyediakan rangka undang-undang mempertahankan hak kuasa Mahkamah Syariah,” tegasnya.

Bahkan, kata beliau, ayah kepada anak-anak yang membawa mereka masuk Islam, sedang diburu oleh kerana dikatakan melakukan satu perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Marang (HIKAM) di Padang Mengkuang dekat sini semalam.

Oleh itu beliau mengajak ribuan para pemuda yang hadir pada himpunan tersebut agar bekerja keras, menumbangkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Katanya, PAS Terengganu telah membuat kajian dan yakin dapat mengumpulkan pendapatan negeri sebanyak RM1 bilion ringgit setahun.

Justeru itu, PAS menawarkan melalui janji manifestonya pelbagai program untuk menguruskan kepentingan rakyat di negeri ini.

“Saya nak mengajak anak-anak muda sekalian mengambil kesempatan peluang terbaik ini, menyeru semua rakan-rakan, ‘saing rodong’ kita untuk bersama-sama dengan PAS.

“Kita telah menawarkan pelbagai program yang menarik, dengan bajet (tersebut),” jelas beliau. -HARAKAHDAILY 2/2/2018

- Advertisement -