PAS berpegang dengan prinsip Islam

Khalil Hadi
- Advertisement -

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyebut:

- Advertisement -
Jadi kita lihat dengan masalah-masalah yang berlaku dalam parti-parti politik ini, rakyat dapat menilai PAS adalah parti yang konsisten di saat musuh-musuh PAS kata habis dah PAS, PAS akan berkubur, orang akan tolak PAS, orang tak akan sokong PAS.
 

Alhamdulillah, tahun lepas sahaja, tahun lepas sahaja seramai 40 ribu orang hat isi borang. Jadi orang nak kata apa? Menunjukkan bahawa rakyat, mereka yakin dengan apa yang dibawa oleh PAS. Kita bukan cakap kosong. Bila kita kata kita nak bawa negara kita ini ke arah yang lebih baik, kita ambil contoh Negeri Kelantan hat kita perintah, boleh buat perbandingan dengan negeri yang diperintah oleh Umno dan dengan negeri yang diperintah oleh DAP dan juga PKR.

Di Kelantan, jadi juara baru ini, Laporan Audit Negara menyebut Kelantan negeri terbaik mengurus kewangan, dapat markah 99.0 peratus, lebih baik daripada negeri-negeri diperintah oleh Umno, DAP dan juga PKR. Kita tak nafi di sana ada kelemahan-kelemahan ini, tetapi kalau kita compare dengan negeri diperintah oleh Umno, DAP dan PKR, negeri yang diperintah oleh PAS Negeri Kelantan adalah terbaik. Menunjukkan bahawa inilah dia model, inilah dia model kalau rakyat beri mandat kepada PAS untuk memerintah negeri-negeri lain termasuk Negeri Terengganu, termasuklah kerajaan pusat sekalipun.

 
Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan penuh beliau pada Perasmian Markas UPU Merchang Dun Pengkalan Berangan, 30 Januari 2018 di Markas UPU Merchang Dun Pengkalan Berangan yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) – HARAKAHDAILY 2/2/2018
- Advertisement -