PAN hina MB Selangor

- Advertisement -
BILA Dato’ Seri Azmin tuduh PAN sebagai tidak amanah dan berbohong, ianya mengejutkan. Ia suatu tuduhan serius yang sudah pasti mencemarkan imej parti dokongan DAP itu.
 
Sepantas kilat PAN yang dituduh pengkhianat bangkit bertindak-balas. Pengerusinya yang sebelum ini mendapat ihsan MB apabila dilantik sebagai Ahli Majlis MPSJ menyerang dan menuduh Azmin sebagai badut.
 
Kata Izham, Azmin tidak layak menjadi MB. Ini satu penghinaan.
 
Tidak pernah sepanjang PAS berada dalam Pakatan Rakyat dahulu PAS beri penghinaan sedemikian rupa pada MB Selangor, tetapi PAN yang tiada jasa dan sumbangan pada kerajaan negeri, mudah-mudah menggelar Azmin sebegitu.
 
PAS yang tidak berada dalam PH pun merasakan PAN sudah keterlaluan dan melampau.
 
Kalau begitulah anggapan PAN pada MB, apa kata PAN bertindak berani dan keluar sahaja kerajaan. Duduk dalam kerajaan pun ikut pintu belakang lebih baik angkat kaki dan berambus sahaja.
 
Selangor aman tanpa PAN. – HARAKAHDAILY 3/2/2018
- Advertisement -