Ketua Muslimat kunjungi balu Ustaz Murthada

- Advertisement -

PADANG SERAI: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh telah mengunjungi balu serta ahli keluarga Allahyarham Ustaz Mohd Murthada Mohd Yusuf dalam rangka lawatan kerjanya di Kedah, semalam.

- Advertisement -

Kunjungan tersebut selain melahirkan takziah serta simpati kepada ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang, ia juga sebagai tanda keperihatinan serta ingatan atas jasa tokoh itu terutama kepada pendidikan Islam.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali hadir bersama-sama rombongan, selain turut juga dihadiri oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Padang Serai.

Balu Allahyarham bersama dua anak lelakinya yang masing-masing berumur tiga dan enam tahun, kelihatan tenang sewaktu menerima kehadiran rombongan itu di kediaman ibu bapanya di Padang Limau, Sungai Kob, di sini.

Allahyarham Ustaz Murthada semasa hayatnya memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Sungai Petani serta pengasas Pusat Pengajian Darul Murthada, meninggal dunia 13 Januari lalu setelah koma beberapa hari akibat kemalangan.-HARAKAHDAILY 2/2/2018

 

- Advertisement -