PAS Selayang terima borang permohonan ahli bekas Umno

- Advertisement -
SELAYANG: PAS Kawasan Selayang telah menerima permohonan menyertai PAS dari 12 bekas ahli Umno diketuai bekas Ketua Umno Cawangan Dahlia, Bandar Baru Selayang, Rosli Mohd Ali.
 
Borang permohonan keahlian PAS telah diserah Rosli kepada Yang DiPertua PAS Selayang, Zaidy Abd Talib yang juga Adun Taman Templer dan Exco Kerajaan Negeri Selangor dalam satu pertemuan di sini semalam.
 
Penyertaan mereka itu bersama ikrar untuk bersama memenangkan PAS, sekali gus memberi mesej bahawa parti Islam itu adalah wadah dan pilihan sebenar disebalik pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap PAS.
 
“Kami melihat Umno sudah lari jauh daripaa perjuangan sebenar dan ditambah YB Zaidy yang berjaya menyentuh hati-hati kami dengan kerja baik dan bakti dilakukan.
 
“Beliau (Zaidy) juga amat menitikberatkan urusan keagamaan yang kami tidak dapati pada orang lain,” ujar Rosli yang menyifatkan wakil rakyat itu tidak pernah ‘memilih bulu’ dalam perkhidmatannya.
 
Beliau juga melihat kegigihan dan kerja tanpa henti Zaidy yang tidak terhad hanya pada dan untuk tujuan pilihan raya, selain mudah dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang politik, fahaman atau keturunan. – HARAKAHDAILY 1/2/2018
 

 
 
- Advertisement -