Ekonomi Malaysia boleh lebih baik bawah PAS?

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyebut:

- Advertisement -

Sebab itu PAS kita tubuh sejak mula, kita bukan sahaja lawan Umno Barisan Nasional. Sejarah PAS ini kita lawan mana-mana pihak yang dilihat cuba menyekat, menghalang apa yang PAS perjuang untuk orang Islam dan untuk rakyat Malaysia seluruhnya. Sebab itu PAS bukan masuk lawan Umno walaupun 99 peratus lawan Umno. Ada tempat yang kita lawan parti lain.” 

Jadi kita yang kita nak ubah ialah mengubah dasar kepada Islam. Kenapa Islam? Mungkin orang Kristian akan tanya kenapa Islam? Orang Buddha juga akan tanya kenapa ubah kepada Islam? Kami bukan Islam. Mungkin orang bukan Islam takut bila disebut kita nak buat perubahan kepada Islam. Sebagai jawapan, kerana Islam, peraturan Islam bukan manusia yang buat, peraturan Islam, sistem Islam Allah yang turun. Allah yang jadi bumi, Allah yang jadi kita makhluk. Maka Allah Maha Mengetahui peraturan mana yang baik untuk manusia, peraturan mana yang tak baik bagi manusia. 

Maka kerana itu kita ambil peraturan Islam. Peraturan Islam ini bukan nak menyekat orang bukan Islam. Islam jamin keadilan kepada orang bukan Islam. Saya beritahu rakan-rakan Tionghoa. Saya kata saya PAS, tapi saya mesti berlaku adil kepada orang bukan Islam, bukan sebab saya PAS, tapi sebab Islam yang jadi anutan saya. Kalau saya tidak adil, tuhan, Allah Taala akan hukum saya. Saya berdosa, saya salah kerana saya tidak adil kepada orang bukan Islam.

Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau pada Ceramah Bicara Politik 29 Januari di  Kedai Depan PPD Temerloh yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) – HARAKAHDAILY 31/1/2018

- Advertisement -