MTD Damak dekati warga RTP Bukit Dinding

- Advertisement -

JERANTUT: PAS Majlis Tindakan Dun (MTD) Damak telah meluangkan masa sehari mengadakan pelbagai program mendekati dan menyantuni para penduduk di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Dinding, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program awal pagi bermula dengan gotong-royong membersihkan persekitaran dan Surau RTP Bukit Dinding yang dikelola bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Jerantut, Ustaz Mohd Zakwan Ahmad Badarudin dan Pemuda PAS Dun Damak.

Turut serta berpeluh bersama dalam aktiviti itu adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Jerantut, Ustaz Zuridan Daud dan Pengarah MTD Damak, Yunus Ismail.

Sesi petang pula diadakan aktiviti ziarah menyantuni penduduk penempatan itu yang dikelola secara bersama oleh Urusan Hal Ehwal Wanita (Halwa) Jerantut dan Halwa Dun Damak.

Manakala pada sebelah malamnya, Urusan Ulamak PAS Jerantut bersama Urusan Ulamak PAS Dun Demak telah mengadakan munajat di Surau RTP Bukit Dinding.

Munajat itu dipimpin Ketua Urusan Ulamak Dun Damak, Ustaz Muhammad Arif Kamaruldin dan disertai ahli-ahli PAS dan para penduduk di situ. -HARAKAHDAILY 30/1/2018

- Advertisement -