‘Mock Election’ dedah jentera situasi PRU

- Advertisement -

PERMATANG PAUH: Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan ‘Mock Election’ yang dilangsungkan di An-Nahdhoh, Kubang Semang, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Pengarah Pilihan Raya PAS Pulau Pinang, Bukhori Ghazali berkata, simulasi berkenaan bagi mendedahkan gambaran dan situasi sebenar pada hari pilihan raya kepada anggota jentera.

“Petugas PAS perlu diberi persediaan mengenai sebarang kemungkinan yang akan terjadi, sekali gus mempersiapkan ilmu mengenai pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi,” ujarnya.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff dalam taujihat penutup program itu berkata, gerak kerja pilihan raya itu merupakan tugas di jalan Allah untuk mempertahan kesucian Islam.

Tegasnya, walaupun PRU berlangsung hanya sehari sahaja, tetapi gerak kerja perlu bermula lebih awal beberapa tahun sebelumnya dan memperkemaskan jentera semua peringkat kepada siap siaga optimum.

PAS menurutnya, tidak akan membenarkan golongan yang mengabaikan syariat Islam dari terus berkuasa di mana jentera perlu terus bangkit mempertahankan survival Islam di Pulau Mutiara itu.-HARAKAHDAILY 30/1/2018

- Advertisement -