Islam jaminan PAS selesai masalah rakyat

- Advertisement -

SANDAKAN: PAS Kawasan Batu Sapi menggiatkan kempen pilihan raya di dalam parlimen itu menerusi siri ceramah kelompok di Kampung Bukit Nenas, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Kehadiran penduduk pada majlis itu memperlihatkan angin perubahan dan kesediaan sokongan padu mereka kepada PAS sebagai harapan membela nasib dan masa depan.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid dalam ceramahnya itu menegaskan komitmen PAS untuk sentiasa menjaga kepentingan rakyat.

Beliau menyentuh isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sangat membebankan melibatkan semua rakyat dari dalam kandungan hingga ke liang lahad.

Hakikatnya ujar beliau, biarpun telah lama BN memerintah, namun rakyat tetap juga hidup dalam serba kekurangan dan sukar.

Terdahulu, Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu dalam ceramah itu memaklumkan bahawa PAS dibarisi kepimpinan dari kalangan ulama, profesional dan aktivis.

“Sekiranya PAS memerintah, Islam akan dijadikan dasar negara, disamping membawa penyelesaian terhadap pelbagai masalah negara yang kian membimbangkan,” ujar Naib Yang DiPertua PAS Batu Sapi itu.

Turut berucap adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sandakan, Ramlan Rahimin yang mengingatkan hadirin bahawa pilihan raya adalah soal masa depan di mana perlu membuat keputusan bijak mengenainya.-HARAKAHDAILY 30/1/2018

- Advertisement -