Hasil Kelantan diambil?

UIA
- Advertisement -
APABILA Dato’ Sri Najib Razak sebut bahawa tanpa bantuan pusat Kelantan tidak mampu bayar gaji kepada kakitangan kerajaan, terserlah inilah perangai Umno. Sifat dendam tidak pernah kehabisan. Tepatlah yang PAS lawan Umno, kerana dasar bukan orang. Siapa pun yang pimpin Umno, maka inilah pembawaan Umno. Datang daripada acuan yang sama. Sebab itu pelik apabila seorang Adun di Kelantan dihalau daripada dewan, masih ada yang hendak bersolidariti dengan Adun tersebut.
 
Najib bercakap lahir daripada hati perutnya sendiri. Sehingga lupa Kelantan sebuah negeri yang masih berada di dalam Malaysia. Kelantan bukan wilayah Brunei. Walaupun orang PAS di Kelantan diketepikan royalti, beliau tetap Perdana Menteri orang PAS. Orang PAS tidak kata Tuan Guru Haji Abd Hadi Perdana Menteri Malaysia.
 
Tetapi ucapan Dato’ Sri Najib tidak ubah seperti Perdana Menteri yang lampau seolah-olah Kelantan ini bukan sebahagian daripada Malaysia. Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin BN-Umno bukan melemahkan rakyat Kelantan, malahan  bertambah semangat untuk menghalang Umno dan orang yang sanggup bersolidariti dengan Umno untuk menawan Kelantan.
 
Najib lupa bahawa banyak hasil yang dipungut daripada Kelantan yang dibawa balik ke Putra Jaya. Kerana ini adalah konsep federalisme. Ke mana hasil yang diambil daripada Kelantan seperti cukai Kastam, GST, passport antarabangsa, lesen kereta, cukai jalan, saman JPJ, saman polis, AES, bayaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia, cukai airport , cukai pendapatan. Semua diangkut ke Putrajaya. Sewaktu hendak pungut tidak fikir, waktu hendak bagi balik masih berkira. Inilah otak pemimpin Umno.
 
HJ IDRIS HJ AHMAD
Naib Presiden PAS
HARAKAHDAILY 30/1/2018
- Advertisement -